Thursday, December 27, 2007

Koisyoq al Mashyur.....

Sejarah realiti nagara Kedah akan menjadi semakin syoq bila lahir wajah2 baru yang datang untuk menyumbangkan pengetahuan dan penyelidikan. Beberapa sejarah baru akan di bongkar dan menyatakan bahawa keberadaan samsam seperti yang pernah di tulis suatu ketika dahulu adalah bercanggah dengan kedatangan Syarif yang dipertuan ke Kota Mengkuang.
Kedatangan Syarif yang dipertuan dengan keluarga beliau yang menjadi raja di kota mengkuang banyak menyumbang kepada perkembangan dan ketemadunan kaum Melayu di utara tanah air yang sebelum ini pernah di labelkan sebagai samsam. Perkataan samsam dalam erti bahasa ialah beerti tiga suku atau orang yang kurang sempurna. Sekiranya kita melabelkan kaum Melayu Kedah yang bertutur dalam bahasa Siam Kedah adalah samsam sebelum ini adalah tidak wajar bila berpandukan sejarah baru yang akan menyatakan secara jelas keberadaan mereka pada suatu ketika dahulu adalah memakmurkan negeri Kedah pada zaman sebelum musuh bisik lagi.
Penyusunan semula tentang asal kaum Melayu yang bertutur dalam bahasa siam kedah telah disusun dan penulisan terakhir akan disiapkan di nakhon adalah merupakan satu mercu era baru menghapuskan label samsam.
Kedatangan kaum Thai Buddha adalah tidak seiring dengan kaum Melayu Thai yang terbahagi kepada 2 gelombang berbeza kedatangan mereka ke Kedah. Kaum Buddha Thai datang ke Kedah adalah dalam kurun ke-19 sedangakan kaum Melayu Thai datang ke kedah dalam kurun ke-18. Perbezaan 1 abad inilah akan di jawap dalam era penulisan baru Sejarah Samsam dalam buku ' Dari Nakhon Ke Kedah Tua" .

Sunday, December 9, 2007

Aihkepai dari selatan.

Cerita aihkepai ni kalau tanya orang2 utara rasa rata2 ramai yang tau terutama yang lanjut usia. Yang muda2 tera chet2 ni payah sikit kut nak paham. Kalau tanya budak2 yang belum bersunat atau tak masuk jawi lagi la depa tak faham kekekeke. Lapih baya yang tak bersunat ni muda sangat kalau nak tau pasai aihkepai ni. Yang tak masuk jawi lagi....kira kanjiaq lagi la kata orang kedah.

Sebelah selatan thailand memang pakai loghat pak tai yang hampir dgn bahasa siam kedah. Loghat selatan thai tak sama dengan 'lorat' Yadeh ni. Kalau nak kira Yadeh punya lorat lagi teruk pada selatan thai ni. Yadeh.....makalau dah lorat tu...lorat jugak lah nho.

Belah kedah lani banyak pulak puak-puak vietnam duk mai buat kerja. " Many See Vietnam " lah kedah lani. Heran sungguh kedah la2 ni.

oklah geng.....pasai Loghat pak tai atau lorat yadeh try2 lah pikiaq mana yang boleh diambik buat rujukan. Kalau setakat lorat yadeh ni....kita tauk belah spg 4 baling pun tak dak yang mau kekeke....

Friday, December 7, 2007

Antara Habil & Qobil

Cerita ini akan di muatkan malam ini selepas pukul 12. Tunggu jangan tak tunggu nho !

Thursday, December 6, 2007

Kisah Seorang Banduan (yang suka nyanyi sambil mencarut)

Hari ni kami nak cerita pasai seorang pak cik bernama Lebai Mat. Lebai Mat ni asai dari Kg Gelam, Taiping dari keluarga yang berada juga lah. Tanah bendang dia, kebun getah tak banyak, ada lah kurang lebih 5, 6 ratus relong. Tanah ni tanah pesaka, hak tok nenek dia dulu dan dia mentadbir penggunaan tanah-tanah tu dengan pertolongan pegawai MADA tempatan. Di rumah dia pula, dari mula dia celek mata sampai dewasa, memang orang2 yang ‘famous’ seperti Raja Negeri PerakAl Ketag ni selalu mai jengok ayah dengan tok wan dia, tanya khabag.

Tapi dia ni jenih tak reti duduk diam. Mula dia kerja sebagai ‘intelligence officer’. Cukup tempoh, dia berniaga pulak. Alhamdulillah, berjaya menjadi kontraktor yang besar. Lori pun adalah tak banyak, dekat 15 biji. Kemana-mana nak pi, ada pemandu dan ‘briefcase’ dia pun ada orang tolong bawak. Pada masa yang sama, dia tak lupa tugas dan tuntutan agama, menunaikan haji dan banyak bersedekah. Hari ni dia dah pencen dan dengan harga getah pun dok meningkat, pendapatan dia sehari seribu lebih2 pun senang2 boleh dapat dengan dok rehat saja di rumah. Tu baru hasil kebun getah..

Satu hari minggu, sedang Lebai Mat ni bawak kereta dia sendiri ronda2 (derebar dia cuti) di pekan Koboi Bukit Merah Asun, kereta dia telah disamun oleh orang2 yang memang dikenalinya. Lebai Mat pun terus celapak p Balai Polis Kamunting dan membuat laporan. Sarjan yang mengambil laporan tu nama dia Sarjan Yalehx5 sebab suka menyanyi 24 jam, tak kira malam siang. Sebagai pegawai siasatan, Sgn. Yalehx5 telah memaki hamun dan mencarut Lebai Mat (dengan nada lagu) dan berkata, ‘kes ni tak payah buat siasatan sebab kereta hang yang depa curi tu, (Chorus) depa boleh ambik jadi kereta depa, anytime’.

Lebai Mat pun tak puas hati lalu tunjuk geran kereta yang hilang itu atas nama dia sendiri, hutang pun tak dak sb beli cash. Sgn. Yalehx5 ambik geran kereta tu, belik punya belik, tenung punya tenung, terus dia bakag dengan petik api dia. Sarjan Yalehx5 kata, “(Intro) Ni bukti besag kereta tu milik hang, jadi aku bakag lah”. Kebetulan pulak orang yang curi kereta Lebai Mat ni dipanggil datang ke balai dengan memandu kereta Lebai Mat yang di kebasnya. Alasan mamat ni, saya yang bawa kereta ni, jadi kereta sayalah. Sarjan Yalehx5 yang bodoh malaun pun jawap, ‘Betul lah tu, siapa bawa dia lah yang punya.’

Tapi Sarjan Yalehx5 ni lupa ada satu salinan lagi di JPJ Ipoh. Lebai Mat pun celapak p kesana dan dapatkan bukti salinan geran kereta dia. Esok ka, bila bukti ni dikeluagkan Sarjan Yalehx5 terus jadi ketag, ketag lutut, ketag dada, ketag habih sampai terkentut-kentut. Semua sebab tak dak point nak balas, dia jadi pemaki hamun. Dia cuba lari naik RXZ cabuk dia tapi tak sempat…BPR dah dok tunggu..terus cekup.

Punya lah bebal kepala otak dia, dia masih lagi tak mau mengaku dia yang bakag geran dan tak mau tangkap orang yang menyimpan bukti kes barangan curi. Di atas bukti-bukti yang ada Lebai Mat pun membuat aduan ke pihak yang lebih besag dan berkuasa dari Sarjan Yalehx5. Dia juga mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan hak2nya kembali. Lepas bicara dalam mahkamah. Sjn. Yalehx5 kini merengkok dalam penjara jadi banduan pujaan. Tiap malam kerja dia melalak dan mencarut sampai pagi.

Moral cerita ni,
kalau benda yang kena kebas bukan hak kita, yang kita dok bising kutuk sampai keturunan orang tu buat apa, buat bodoh ? …bukan tuntutan harta hak mak bapak hang. Kih…kih…kih. Hak dia. Biag p kat dialah nak tuntut balik apa pun. Akai ada? pakai. Tu kalau dia salah, mau kalu kata dia betoi, DNA test ka apa-apa ka…makna kata hang dok kutuk keturunan raja hang yang puak hampa dok megah-megah selama ni jugalah noh…haaah haaaaah haaaaaaaa.. whoi anaianai oi, aku tak kutuk Lebai Mat tau, tak kan tak dapat tumpang sekaki merasa kot…kih..kih..kih masa tu baru aku nak tunjuk muka hensem aku ni kat hang..

Ps : Tok sah dok pakai nama lain laaa dalam chat tu…aku tau tu hang jugak.

Saturday, December 1, 2007

Komeng Komeng Komeng.

Komeng Yadeh / Yadeh Komeng

At midnight we arrived at a pagoda by the name of Watpothaij Maytjeen, where we were obliged to remain in order to greet the King according to the custom of the country, when he sailed by early in the morning on the following day.

Tunggu kat watt ka, pagoda ka apa salahnya, tak kan nak suruh depa tunggu kat bawah poko pelam kot…pagi besok Raja lalu saja dengan sampan di raja dia,, apa tak boleh ka nak tunggu kat situ? Bukan raja tunggu depa kat situ, depa yang kena tunggu raja kat situ sebab nak tengok raja lalu. Budak2 sekolah pun tunggu pemimpin, kibar bendera jugak.

Komen Yadeh lagi,

'Why do you have so much difficulty with it? We think it is godly; the King pays homage to it”

Apakah yang dimaksudkan dengan pay homage’ itu ? Adakah takat lalu depan dan tunduk tanda hormat atau melutut terus atau angkat sembah sahaja. Orang tai hari ni pun sembah juga raja Bhumiphol depa….macam orang Melayu sembah raja depa la ni la. Tak heranlah bila ada persamaan ini dikalangan raja2.Biasa lah bukan dia pegi sembahyang kat situ. Kita p tengok orang sakit, orang mati, pun orang kata pay homage jugak

Pemimpin Malaysia hari ni pun setiap tahun pada Hari Pahlawan p mengadap Tugu Negara juga, bukan depa p sembahyang kat tugu tu atau mintak apa2 kat tugu tu..hahaha, pay homage jugak tu pun. Hari ni tapak kaki rasullullah, pedang dgn janggut pun ada, tapi kami tak sembah pun kat benda tu semua. Hanya simpanan untuk tatapan sejarah saja.Kalau p tengok, pay homage lah tu.

Orang putih yang mai sat, mai melawat bukan tau pagoda tu menatang jadah apa dia. Tah tah mimbar masjid macam di Pulau Pinang, macam Masjid Xian dinegeri China, macam masjid Tengkera di Bandar Melaka. Hari ni hampa dah tukag nama, tukag jadi Wat.Kalau dah penipu, jenih pemuhong ni tetap pemuhong juga

Memang lah hari ni kerajaan Malaysia panggil semua kami ni Melayu. Orang jawa pun Melayu, orang Minangkabau di Negeri sembilan pun Melayu juga….. Rumpun kami dengan bahasa daerah kami tetap ada. Melayu di utara ni orang Siam, begitu juga dengan orang Siam Islam di Patani, hari ni semua dipanggil Melayu lah. Hang bukan tau pasai rumpun Melayu, hang tibai saja. Aminpuntakpa kamibisajawap.

Tak kan benda macam tu punya simple, penulis sejarah kedag, yg mengadap depan komputer 24jam sekog ni, tak boleh faham. Kalau teori mudah macam ni pun dia bengong, elok balik kerja panjat buah nyior la kat Asun tu. Punca puak hampa tu dapat status bumiputra pasai hampa tu Melayu jugak, agama saja lain, macam bumiputra di Sabah dan Sarawak. Rumpun Melayu tak semestinya islam,macam deppa di Pulau Bali.

Yang peliknya, hari ni ada orang Siam sekog dua ni, mengaku depa Tai tapi depa duduk di Malaysia, dok nak ajag kita pasai bangsa kita. Lagi terok... Hehehe aku nak gelak lah ni..Identity Crisis kot…tak sedar diri tumpang glamour bangsa orang, mau hak sama dgn orang melayu. Bukti tadak, asal bangsa merempat tapi mengaku keturunan raja tai, sembang deras tapi atas kosong saja.

Jadi rakyat Negara terketag-ketag la sebab rahsia dah terbukak….