Thursday, December 27, 2007

Koisyoq al Mashyur.....

Sejarah realiti nagara Kedah akan menjadi semakin syoq bila lahir wajah2 baru yang datang untuk menyumbangkan pengetahuan dan penyelidikan. Beberapa sejarah baru akan di bongkar dan menyatakan bahawa keberadaan samsam seperti yang pernah di tulis suatu ketika dahulu adalah bercanggah dengan kedatangan Syarif yang dipertuan ke Kota Mengkuang.
Kedatangan Syarif yang dipertuan dengan keluarga beliau yang menjadi raja di kota mengkuang banyak menyumbang kepada perkembangan dan ketemadunan kaum Melayu di utara tanah air yang sebelum ini pernah di labelkan sebagai samsam. Perkataan samsam dalam erti bahasa ialah beerti tiga suku atau orang yang kurang sempurna. Sekiranya kita melabelkan kaum Melayu Kedah yang bertutur dalam bahasa Siam Kedah adalah samsam sebelum ini adalah tidak wajar bila berpandukan sejarah baru yang akan menyatakan secara jelas keberadaan mereka pada suatu ketika dahulu adalah memakmurkan negeri Kedah pada zaman sebelum musuh bisik lagi.
Penyusunan semula tentang asal kaum Melayu yang bertutur dalam bahasa siam kedah telah disusun dan penulisan terakhir akan disiapkan di nakhon adalah merupakan satu mercu era baru menghapuskan label samsam.
Kedatangan kaum Thai Buddha adalah tidak seiring dengan kaum Melayu Thai yang terbahagi kepada 2 gelombang berbeza kedatangan mereka ke Kedah. Kaum Buddha Thai datang ke Kedah adalah dalam kurun ke-19 sedangakan kaum Melayu Thai datang ke kedah dalam kurun ke-18. Perbezaan 1 abad inilah akan di jawap dalam era penulisan baru Sejarah Samsam dalam buku ' Dari Nakhon Ke Kedah Tua" .

No comments: