Friday, November 23, 2007

Bahasa Melayu Yang Di Pinjam Oleh Thailand.

Cerita beberapa bahasa Thailand yang meminjam bahasa Melayu ni sebenarnya dah lama dah tapi tak ramai yang peka dalam bab-bab ni. Mungkin geng anaianai leka dgn alunan lagu-lagu lai lai kratong atau leka dgn lagu cap pong lama-lama mungkin untung tak tahulah aku. Cuma bab bahasa ni saja aku ketengahkan mana tau kalau-kalau yadeh atau manit boleh tolong perbetulkan kalau tak betul nanti sebab yadeh arif dalam bahasa Thai dan aku cuma tau sikit-sikit saj tu pun cuma sejemput saja kata orang titi derih.
Ok baiklah mai kita tengok perkataan apa yang thai pinjam dan berasal dari bahasa melayu. Jangan la terkejut nanti macam tak faham pulak.
Bahasa pertama yang aku nak expose ialah TOM YAM. Tom Yam ni memang sah-sah asal dari bahasa melayu yang diambil dari 2 perkataan kemudian di gabung jadi tom yam.
Perkataan pertama dalam TOM ialah Tomato dan Yam pulak adalah ayam. Tom Yam ni ialah perkataan melayu Tomato dgn ayam so jadilah tom yam. Kalau pi kedai-kedai tom yam bila order tom yam benda wajib yang ada ialah tomato dengan ayam. Tu baru satu....ada lagi satu....
Yang keduanya ialah Som Tam. Som tam ini dalam bahasa melayu ialah lesung kena hentam. Sebab tu bila depa nak buat som tam depa akan hemtam lesong tu dan lama-kelamaan jadilah Som Tam yang berasal dari lesung kena hemtam. begitulah ceritanya....

1 comment:

JST said...

Tom Yam = Tom tu bermaksud masak atau rebus manakala Yam tu pulak bermaksud kerabu atau campur. Tom Yam bermaksud masak campur. Rasanya pun campur ada manis, masin, masam dan pedas.

Som Tam = Som bermaksud asam (kebiasaannya guna betik) manakala Tam bermaksud tumbuk. Som Tam bermaksud betik tumbuk atau mangga tumbuk.

Kedua-dua ini adalah bahasa Siam bukannya pinjam daripada bahasa Melayu.

Siam pinjam bahasa Melayu, saya rasa buah Durian. Orang Siam panggil Luk Durian.