Sunday, November 25, 2007

Bahasa Pertuturan dan Bahasa Penulisan.

Kalau orang yang ada duit yang dapat berjalan ke pulau Jawa pasti terkejut kalau lihat surat orang jawa ke SBY sebab depa2 ni bercakap dalam bahasa Jawa kemudian dalam bahasa Jawa ada tulisan Jawa tapi masa tulis surat kat SBY depa tulis dalam bahasa Indonesia. Pasai apa jadi macam ni ? Awat huruf jawa habih ka sampai kena guna huruf2 dalam tulisan Indonesia. Ini menunjukan ada bahasa peruturan dan ada bahasa penulisan.
Yadeh yang boleh cakap Thai dan menulis Thai pun dalam blog dia tulih bahasa Malaysia. Pasai apa ? Pelik ka? Kalau UUK tu pelik pasai apa di tulis dalam tulisan Jawi bermakna blog Yadeh pun akan pelik juga nanti bila 200 tahun lagi anak cucu Yadeh heran pasai tok wan dia tulih Melayu. Silap2 anak cucu dia buat kesimpulan ......tok wan kita ni Thai murtad ka?
Bahasa Melayu sebenarnya telah di tamadunkan dalam kerajaan bersama kemasukan Islam di tanah Melayu. Tulisan jawi bermula apabila ada pertembungan antara pengaruh Parsi dan Arab dalam masyarakat Melayu ketika itu. Pada waktu itu tidak kira mana-mana kaum samada Jawa , Aceh atau Siak dan termasuklah kaum Siam harus menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Penulisan. Keputusan kerajaan ketika itu yang mengangkat tulisan Jawi sebagai tulisan pengantar adalah untuk memertabatkan tulisan Melayu sebagai tulisan nusantara ketika itu.
Aceh sebenarnya mempunyai Bahasa Aceh yang tersendiri tetapi sampai sekarang tulisan Aceh tidak di temui. Semua surat-menyurat ketika zaman aceh adalah dalam bahasa Jawi. Kalau undang-undang Kedah di tulis dalam bahasa Thai saya rasa Mariam Salim tak mungkin dapat nak buat terjemahan dan yang boleh baca UUK tu nanti pun cuma Yadeh sorang2 saja kut.
UUK adalah digunakan untuk rumpun nusantara yang berkerajaan MELAYU jadi dah tentu raja-raja Melayu ini menetapkan penulisan dalam bahasa Melayu ketika itu adalah tulisan Jawi. Kalaulah UUK ni di tulis dlm bahasa Thai ish....garu kepala pulak la Raja Aceh pasai bila nak pakai UUK ni kena rujuk tukang terjemah bahasa Thai pulak. Lagi pun UUK ni di tulis dalam tahun 220 hijrah. Waktu ni tulisan Thai belum moden lagi serupa dgn yang wujud sekarang ini sebab tulisan Tai-Kadai iaitu tulisan yang hampir menyerupai tulisan Pallava.
Kitab2 yang di tulih orang Patani yang duduk di Thai dan boleh bercakap Thai pun di tulih dalam tulisan Jawi. Pasai apa orang Patani ni tak tulih dalam bahasa Thai. UUK kedah yang kita bincang bukan untuk di rujuk tulisan dia tapi tahun permulaan kemasukan Islam di Tanah Melayu dan Kedah itu yang penting. UUK kedah merujuk kepada tarikh bila kerajaan Melayu ni dah ada perlembagaan. Mempunyai perlembagaan bererti negeri itu telah merdeka dalam kontek kemerdekaan. Kalau tak merdeka tak boleh ada perlembagaan sendiri. Itu yang perlu di tengok bukan tengok tulisan ni di tulih oleh budak2 ka atau bapak budak.
Di tulis Oleh :
Cucu Datuk Maharaja Lelah
Yang memerintah negeri betoi sebelah salah sebelah
Untuk YAseDIH boleh BELAH LAH.....

No comments: