Sunday, November 18, 2007

Lai Lai Lit Lam Tam Plom.

Lai Lai Lit Lai Tam Plom ni bukanlah mentera Siam untuk pengasih atau pun mentera pelaris tetapi perkataan-perkataan ini merupakan pantun yang sering dilagukan oleh kanak-kanak di daerah utara suatu ketika dahulu. Perkataan yang sinonim ini byk di gunakan oleh kanak-kanak untuk mengundi atau memilih pasangan untuk bermain. Bagi mereka yang tidak boleh mendaftar macam 'ehem-ehem' tu jangan la pulak guna kaedah ini untuk piliharaya yang akan datang.
Berbalik kepada perkataan Lai Lai Lit Lai Tam Plom ni jugak tidak di ketahui asal-usul perkataaan ini. Ada sumber dari celah-celah hutan yang memberi tahu bahawa perkataan ini berasal dari bahasa Tai-Kadai. Bahasa Tai-Kadai adalah bahasa tua yang berkembang di daerah kaum Shan iaitu satu golongan yang membantu pembentukan kaum di Thailand. Melalui bahasa Tai-Kadai inilah beberapa bahasa lain turut di bentuk antaranya ialah bahasa Thailand yang sekarang ini digunakan juga berasal dari bahasa Tai-Kadai dan maklumat terkini bahasa Siam di utara kedah juga merupakan rumpun bahasa Tai-Kadai. Oleh itu memang tidah hairanlah jika bahasa Siam Kedah ini tidak sama dengan bahasa Thailand tetapi cuma hampir sama kerana bahasa-bahasa ini datang dari keluarga yang sama tetapi bentuk bahasa ini yang berbeza kerana tergantung kepada perkembangan dan pembangunan bahasa itu sendiri.
Seorang 'ehem-ehem' yang tak habis mengaji pernah melompat katak mengatakan bahasa Siam Kedah tidak boleh dikembangkan sebagai personali bahasa ataupun dinamakan bahasa tunggal kerana bahasa siam kedah ini menumpang bahasa thai. Tanpa memahami asal-usul bahasa dan asal-usul lain-lainnya 'ehem-ehem' ini terus menerus serupa siaran langsung membantah pembangunan bahasa siam kedah ini. Kata orang kalau dah memang kail panjang sejengkal buat apa kalut-kalut lautan dalam nak di ukur...bagi jer kerje-kerje mengukur ini kat jabatan ukur yang memang kerja dia orang...
Dan untuk akhir perenggan ini renung-renunglah pantun ini :
Lai Lai Lit Lam Tam Plom
Kalau Ralit Kena Muhong.....

No comments: