Tuesday, November 6, 2007

Pakat tukar sejarah bukan seorang dua , tapi ramai.

Amat mengejutkan bila terdapat pihak-pihak yg tidak dapat menerima sejarah seperti yang seadanya tapi tanpa segan silu ingin menukar atau menghapuskannya. Mungkin sikap begini ada dalam hati dan jiwa mereka, maka mereka sentiasa berperasangka bahawa org lain pun bersikap macam mereka juga.
Berkaitan dgn cadangan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membina semula kubu Portugis di Melaka, ramai yang membantah. Seorang daripadanya mempersoalkan dlm ruangan forum utusan Malaysia. Antara ngomelannya ialah:

...Saya ingin bertanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, apakah yang akan mereka lakukan jika ada pihak menjumpai tinggalan kota dan rakyat milik Siam di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.Apakah kita kelak akan membina semula rumah buluh dan kubu Siam di negeri-negeri itu bagi menunjukkan betapa kita menghargai sejarah? Dan kita tidak kisah dengan implikasi sejarahnya
Oh..baru saya tahu, kalau mereka jumpa kesan tinggalan selain dari tinggalan warisan Selam, mereka akan abaikan atau lebih kotor lagi : musnahkan.

Mereka nak cari warisan Selam saja. Teruskanlah mencari bang...moga-moga ketemu.
Seorang pembaca lain pula lebih sadis bila dia cadangkan supaya diruntuhkan sahaja semua kesan tinggalan penjajah. Betapa hipokritnya mereka ini. Dia berkata:

...Malah saya dengan keras sarankan agar diruntuhkan semua struktur yang ada elemen menjajah minda anak bangsa. Mereka tidak mengerti ini semua, kitalah pemikir dan penyelamat jiwa dan minda mereka ratusan tahun akan datang.Ini kerja besar. Bolehkah kita buat? Memang kerja besar hanya mampu dibuat oleh orang berjiwa besar. Jika ada bantahan daripada pihak mereka atas keruntuhan itu bererti mereka telah tewas dan kita menang. Berjuang dengan senjata dan darah sudah tamat. Kita tunggu kedatangan pejuang bangsa untuk kerja ini....

Ini kepala otak serupa kepala otak Taletabis saja..berasa menang dgn meruntuhkan tinggalan sejarah..

Antara saranan dan senaman mereka yg saya petik dari kebun ruangan forum Utusan Malaysia pada bulan Jun 2007 adalah seperti dibawah. Mari kita lihat siapa yang kena dan beberapa pendapat org yg takut pada bayang-bayang sendiri seperti kisah anjing dengan bayang-bayangnya ini:

Kubu Portugis tidak perlu dibina
CADANGAN Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan untuk membina semula kubu Portugis di Melaka seharusnya dikaji semula. Memang benar, kubu itu sebahagian daripada warisan Melaka, tetapi ia bukanlah warisan yang perlu kita beri peruntukan berjuta-juta ringgit untuk membinanya kembali.Pada pandangan saya, jika ada pihak di negara ini meminta kerajaan Portugal membiayai kos pembinaan semula kubu itu, mereka mungkin sanggup mengeluarkan peruntukan yang lebih besar daripada RM12.8 juta.Kenapa mereka sanggup membayarnya? Sebab pembinaan semula kubu itu akan memberi kegagahan kepada sejarah penjajahan Portugis.
Para penyelidik mengatakan dokumen lama Portugis mencatatkan bahawa kubu itu dibina dengan batu-batu yang diambil dari masjid dan kubur di Melaka.Kubu itu sebenarnya didirikan daripada runtuhan simbol Melayu dan Islam.
Dan kini kita mahu membina semula ‘warisan’ tersebut semata-mata kerana ia satu ‘warisan’. Ia adalah satu langkah yang tidak kena.Setiap apa yang kita panggil warisan perlu dilihat dengan perspektif. Kita boleh melihat warisan dengan perspektif liberal dan sudut pandangan untuk menghargai apa juga ‘warisan’ tanpa mengambil kira latar belakangnya. Sedangkan warisan juga perlu dianalisis dalam konteks perspektif Melayu dan Malaysia.
Saya menilai cadangan untuk membina semula kubu itu sebagai usaha yang tidak sepatutnya dilakukan.
Tidak semua warisan perlu dikekalkan. Tidak cukupkah dengan Kota A Famosa (gambar), bekas kubur St. Francis Xavier dan warna merah bangunan Stadthuys di Melaka?
Bukan bermakna kita malu dengan sejarah masa lepas. Tidak. Kita tidak malu dengan sejarah, tetapi tidak elok tumpuan yang berlebih-lebihan diberi kepada era tertentu semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan pihak asing dan memperoleh sedikit dana daripada pertubuhan antarabangsa.
Kubu Portugis itu merupakan lambang penguasaan kuasa kolonial Kristian Eropah ke atas wilayah yang asalnya sebuah kesultanan Islam yang terkenal.
Membina semula kubu itu akan bererti mengenang semula kemegahan kuasa kolonial Kristian Eropah. Apakah yang kita dapat daripadanya?
Bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Abdul Hamid A. Abu Sulayman pernah mempersoalkan perbuatan ummah yang cenderung ke arah talfiq cara Barat untuk menangani masalah kebudayaannya.Saya tidak menyarankan supaya semua tinggalan kuasa kolonial Eropah diruntuhkan. Tidak. Tetapi apa yang runtuh tidak payahlah dibina semula. Cukuplah kita menguruskan tinggalan yang sedia ada.Dalam buku Hikayat Abdullah, Munsyi Abdullah (1796-1854) menulis tentang bagaimana Residen William Farquhar (1774- 1839) meruntuhkan kubu Portugis di Melaka pada tahun 1807. Farquhar, seorang jurutera yang hidup sezaman dengan Stamford Raffles, menjadi residen di Melaka antara 1803-1818.
Kata Munsyi Abdullah: “Sebab Inggeris itu terlalu cerdiknya itulah sebabnya dipecahkannya kota ini; kerana jikalau kiranya kota ini dapat ke tangan bangsa lain, nescaya beberapa lama pun diperanginya tiadalah akan alah, oleh sebab demikianlah kukuhnya dan hikmatnya kota ini.”Di kota itu juga, kata Munsyi Abdullah, terdapat penjara untuk menyeksa tahanan.
Beliau menyambung: “Ada pun seri negeri Melaka itulah kota itu. Maka apabila sudah pecah kota itu, maka negeri Melaka tiada berseri lagi, umpama seorang perempuan yang kematian suaminya, tiadalah berseri mukanya.
Akan tetapi sudahlah dengan takdir Allah, itulah alamat dunia ini tiada kekal; yang ada ditiadakan, dan yang tiada diadakan, berubah-ubah adanya.
”Yang lepas, lepaslah.
Saya ingin bertanya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, apakah yang akan mereka lakukan jika ada pihak menjumpai tinggalan kota milik Siam di negeri-negeri utara dan Pantai Timur Semenanjung.Apakah kita kelak akan membina semula kubu Siam di negeri-negeri itu bagi menunjukkan betapa kita menghargai sejarah? Dan kita tidak kisah dengan implikasi sejarahnya.
Kedatangan pelancong ke Melaka pada masa depan sebenarnya tidak ada kaitan dengan kubu Portugis itu.
Sejak zaman remaja, saya telah lebih daripada sepuluh kali melawat Melaka. Saya kini tidak lagi melawat Melaka kerana A Famosa dan Stadthuys, tetapi kerana tarikan kawasan peranginan di negeri itu dan keunikan gaya hidup di Jonker Street. Saya juga ke Melaka kerana ikan bakar, Taman Mini Ayer Keroh dan Perigi Hang Tuah.Saya tidak akan melawat Melaka semata-mata kerana kubu Portugis telah dibina semula. Ia tidak memberi saya sesuatu yang baru.
– KAWAN CIRIT BABA MELAKA,
Kuala Lumpur.

No comments: