Wednesday, November 21, 2007

Lain Yang Orang Cerita , Lain Pula Yang Faham.

Tajuk di atas adalah di rujuk untuk menyedarkan Yadeh tentang yang dibincangkan adalah tentang kerajaan Ayuthaya yang pernah dikatakan Islam pada suatu ketika dahulu. Kalau ayuthaya tu bukan Islam pasai apa la yang Raja Thai nak pi serang ayuthaya sampai minta-minta tolong dgn Burma. Habaq mai sat pasai apa yadeh oiii yang thai pi serang ayuthaya.
Disebabkan ayuthaya ni kerajaan Islam yang berdarah siam maka Thai menyerang ayuthaya kemudian hilangkan jejak dan sejarah...macam tu kan?
Kalau nak ikut sejarah patani lebih teruk lagi implikasi terhadap masa sekarang ini. Tanya la Patani pasai apa perang? Tak kan beribu askar tak boleh nak settlekan pemberontak yang sikit tu. Terpaksalah guna istilah pemberontak untuk perjuangan di patani sebab takut nanti yadeh tak faham atau saja buat-buat tak faham.
Kita tengok balik antara siam melayu dgn siam thai yang ada. Mana yang lebih sinonim dgn tukang emas. Siam thai atau siam melayu atau melayu di kelantan dan terengganu. Mana ada siam thai yang jadi tukang emas hehehehe. Tukang gadai emas banyak la yang setau aku.....
Berbalik kepada kerajaan ayuthaya tadi ni sebab apa thai wujud selepas 18 something? Sebelum wujudnya kerajaan thai ni raja dia ada kat mana? Hang jawap mai sat yadeh oiii. Lepas tu kalau ayuthaya tu kerajaan thai suatu ketika dulu apsal yang thai serang ayuthaya dgn bantuan burma. Habaq mai sat ...pasai tak berapa nak faham hang punya pusing yadeh.
Sebetulnya kerajaan mana yang berada di ayuthaya sebelum naiknya kerajaan thai? Dah jadi termasuk tajuk " Unsolve History " pulak dah ni. By the way kalau tak mau ikut highway boleh lah kita ikut yadeh way but this is not 'My Way".

No comments: