Monday, November 26, 2007

Rupanya Duk "Miaw" Lagi....

Kita ingatkan dah selesai dah rupanya dak lagi kekekeke. Melayu sebenarnya berumpun, dari rumpun ini terbahagi kepada beberapa jenis Melayu. Antara yang mengisi rumpun Melayu ialah Melayu Deli (daeli) , Melayu Langkat , Melayu Riau , Melayu Siak , Melayu Minang , Melayu Aceh , Melayu Patani , Melayu Pesisir , Melayu Jambi dan Melayu Siam ni aku nak buh tang mana ha? Pasai kalau siam , Yadeh kata Buddha. Nak bubuh dalam kelompok Melayu Patani pun puak-puak ni tak cakap Patani depa cakap siam. Dah tau kata Siam tu buddha duk cakap siam la jugak. Aku heran sungguh dengan Melayu yang duk cakap siam ni. Pelik jugak pasai apa ada Melayu cakap siam kut belah kedah. Mai mana melayu ni.
Yadeh kata kalau siam ni merujuk kepada Buddha. Mmmm kalau macam tu kucing siam tu kira kucing buddha la kut nho. Kembaq Siam macam mana pulak ? Dah tentu lah kembaq buddha jugak ni. Tak ka macam dak ?
Rasa2 betoi kut nho kalau melayu cakap siam tu depa ni samsam. Samsam ni kalau bahasa Thai tak salah aku maksud dia tigatiga(33). Aku tak tau pasai apa depa buh 33. Misteri yang nak kena pecahkan ialah mai mana melayu cakap siam di kedah ni. Yang ni aku musykil....ada ka geng ni cakap siam tapi tulih jawi. Memang loqlaq lah geng ni.
UUK macam yang Yadeh kata bukanlah untuk negara merdeka yang ni berat sikitlah. Rupanya Yadeh ni tak berapa faham apa kontek merdeka. Ada ka Yadeh ni komplen dalam UUK tak dak belanjawan jadi ia bukanlah menunjukan salah satu dari garis perlembagaan. Memangla tak dak belanjawan , ada ka pi cari belanjawan dalam buku undang2. Ni pun termasuk haprak lah jugak. 10 kali baca UUK pun mana boleh jumpa duit cukai ni depa buh mana. Seropa pi baca buku undang2 malaysia la mana ada PM buh belanjawan dalam buku undang2. Op op op ...tak tau la kalau-kalau raja Yadeh nak buh belanjawan dalam buku undang hehehe.
Aku pun nak paste n copy mcm Yadeh jugak lah :
Apa pun, UUK ini bukan perlembagaan negara Merdeka. Ia hanya cerita berapa cukai yang perlu dibayar pada Raja, panglima, pang enam, pang tujuh. Ia tak ada laporan belanjawan menunjukkan ke arah mana hasil cukai itu dibelanjakan. Tau kutip tol saja, jalan tak turap. Ia juga bukan undang-undang utk rakyat jelata sbb hukuman berbeza-beza, utk bangsawan lain hukuman, utk org merdeka lain hukuman, utk hamba lain hukuman. Dan ini amat bercanggah dgn Islam. Wallahualam bissawab.
Hehehe aku nak gelak lah ni. Yadeh komplen kata UUK ni bercanggah dgn Islam. Memang la bercanggah pasai UUK ni undang-undang Kedah bukan Undang-undang Islam. Kalau tak mau bercanggah dgn undang2 Islam bacalah undang2 Islam. Pasai perlaksanaan undang2 berbeza mengikut darjat ini tidak di nafikan kerana pada zaman itu memang sesuai undang2 yang begitu. Kalau la mana boleh. Atau kalau dulu boleh , la ni pun boleh jugak kut. Amintakpa bisajawap.

No comments: